Thursday, March 29, 2012

BAB 9: KEADAH PENYELESIAN MASALAH


 Penyelesaian masalah adalah proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kritis dan kreatif, mencari idea alternatif dan langkah-langkah khas bagi mengatasi halangan ataupun kekurangan. Masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan cara fikiran logik dan juga penyelesaian secara agama.

SIFAT PENYELESAIAN MASALAH
Mengikut Francis (1990), terdapat ciri-ciri tertentu yang membezakan kemampuan seseorang di dalam penyelesaian masalah. Empat ciri yang penting di dalam individu yang menjadikannya seorang penyelesaian
masalah yang berkesan ialah:-
  •  Motivasi yang kuat
  • Trait yang positif
  • Jati diri
  • Membina kemahiran

KATEGORI MASALAH
Ia amat penting untuk mengklasifikasikan masalah mengikut kategori yang tertentu kerana setiap jenis masalah memerlukan penyelesaian yang tersendiri. Mengikut Francis (1990), terdapat 6 jenis masalah iaitu:-
  •  Misteri
  • Tugasan (assignment)
  • Kesukaran
  •  Peluang
  • Tidak pasti
  • Dilemma
MISTERI
Ø  Suatu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku dan penyelewengan ini tidak diberi satu penjelasan yang nyata tentang terjadinya suatu peristiwa.
Ø  Tidak dapat menerangkan dengan menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
Ø  Contohnya letupan kapal angkasa Amerika Syarikat Discovery yang mengorbankan kesemua angkasawan adalah satu misteri.

TUGASAN
Ø  Kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan memperincikan kriteria-kriteria  yang perlu dimasukkan berserta dengan objektif pencapaian.
Ø  Memerlukan teknik-teknik tertentu sebab matlamat pencapaian perlu disalurkan kepada orang yang hendak menjalankan tugasan.
Ø  Kontrak di antara ketua dan orang yang akan menjalankan sesuatu kerja.

KESUKARAN
Ø  Kesukaran biasanya berlaku kerana kita tidak tahu untuk menguruskan situasi atau merasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi. Jadi untuk mengatasi kesukaran, kita memerlukan tenaga untuk mengatasi kelemahan dalam menguruskan situasi tertentu.
Ø  Kesukaran dibahagikan kepada 2 kategori iaitu subjektif dan objektif. Kesukaran subjektif ialah sifat-sifat negative yang ada pada individu itu sendiri. Manakala kesukaran objektif ialah perkara-perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu seperti kemahiran, ilmu pengetahuan dan motivasi

PELUANG
Ø  Peluang ialah keuntungan. Usaha harus  ditumpukan untuk menerbitkan peluang sebab  peluang yang ada adalah hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya.

TIDAK PASTI
Ø  Keadaan yang tidak pasti ialah situasi yang kita tahu bahawa ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak akan tahu mana jawapan yang betul.
Ø  Untuk menyelesaikan masalah “puzzles” perlu mengkaji segala kekabungan dan keadaan yang kompleks untuk mencari jawapan yang betul.

DILEMA
Ø  Situasi di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian  dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya.
Ø  Terdapat 2 pilihan yang bolek dilaksanakan dan kedua-dua pilihan itu kelihatan betul dan tepat.
Ø  Dilemma tidak boleh diselesaikan dengan computer tetapi ia memerlukan penyelesaian kemanusiaan melalui perasaan manusia.

MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
Satu model penyelesaian masalah secara saintifik dan logik yang menggunakan 8 langkah:-
·         ~Mendefinasikan masalah
·         ~Mengkelaskan masalah
·         ~Tentukan objektif
·         ~Tentukan ukuran kejayaan
·         ~Kutipan data
·         ~Membuat keputusan
·         ~Melaksanakan keputusan yang diambil
·         ~Penilaian

PENYELESAIAN SECARA SAINTIFIK
Menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirical induktif seperti berikut:;
i)                    Mengadakan hipotesis
Sebagai saintis, pertama sekali mesti mempunyai hipotesis tertentu sebagai penggeraknya. Misalnya, anda ingin mengesahkan sama ada betul atau tidak bahawa Charles Darwin berasal daripada sepsis monyet. Ini merupakan anggapan atau hipotesis yang perlu diuji dan dibuktikan sama ada betul atau salah.
ii)                  Mengumpul maklumat
Peringkat ini membezakan kaedah saintifik dengan kaedah-kaedah tidak saintifik. Bagi kaedah yang tidak saintifik, setiap hipotesis akan dianggap benar tanpa perlu mengadakan bukti dan maklumat untuk mengesahkan kebenarannya.
iii)                Membuat kesimpulan
Setelah mengumpul maklumat yang mencukupi baru boleh membuat kesimpulan. Satu jenis kesalahan dalam berfikir ialah kesimpulan yang tergesa-gesa, di mana dengan hanya satu bukti, terus dibuat kesimpulan tertentu.

PENYELESAIAN SECARA KREATIF/ LATERAL
Menyelesaikan masalah secara kreatif ataupun lateral mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i)                    Ia tidak bersifat kritikal seperti keadah logic, di mana cara berfikirnya dikawal olek penilaian betul ataupun salah, kuat ataupun lemah fikiran kita. Kaedah ini lebih suka menunda penilaian kerana yang lebih penting adalah menjana idea-idea baru tanpa mempedulikan ianya betul atau salah.
ii)                  Ia adalah bersifat analitikal seperti kaedah saintifik yang cuba memahami sesuatu masalah melalui fakta dan maklumat demi menemui kebenaran. Kaedah ini menyelesaikan sesuatu masalah bukannya menganalisis punca-puncanya, sebaliknya mereka cipta penyelesaiannya yang dianggap lebih membawa keuntungan.
iii)                Ia tidak bersifat vertikal atau sehala seperti kaedah saintifik yang hanya berfikir menurut logik sebab-akibat. Kaedah ini bersifat generatif dan inovatif menerbitkan perubahan demi perubahan itu sendiri, tanpa diikat oleh logik sebab-akibat. 

Edward De Bono memprekenalkan keadah Enam Topi Berfikir, yang harus dipakai satu demi satu secara berasingan oleh seorang individu dalam menyelesaikan masalah iaitu:-
1)      Topi hijau: Lambang pemikiran kreatif dengan berbagai-bagai idea dan dipakai pada peringkat permulaannya bagi mencari idea-idea alternatif.
2)       Topi kuning: lambang pemikiran positif dan konstruktif. Ini dipakai bagi menilai feadah dan kebaikan pada setiap idea terutama yang dianggap mengandungi banyak kelemahan.

3)      Topi putih:  lambang pemikiran objektif dan ini dipakai bag mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.

4)      Topi hitam: lambang pemikiran negatif dan kritikal. Topi ini dipakai dengan tujuan mencari unsur-unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.

5)      Topi merah: lambang pemikiran emotif dan ini dipakai untuk mengambil kira perasaan dan gerak hati orang yang suka ataupun tidak suka sesuatu idea.

6)      Topi biru: lambang langit di atas dan dipakai oleh ketua bagi mengawasi bagaimana topi-topi lain bekerja.

Beliau juga memperkenalkan kaedah tindakan yang perlu diambil melalui Keadah Enam Kasut Bertindak yang terdiri daripada:
1)      Kasut formal biru laut : tindakan secara formal,biasa,mudah dan ringkas
2)      Kasut kelabu: tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea baru.
3)      Kasut perang: tindakan secara pratical, nyata, lasak, tidak formal dan fleksibel.
4)      But oren: tindakan secara cemas, bahaya, risiko, segera dan berani.
5)      Seliper merah jambu: tindakan secara prihatin, perikemanusiaan, kasih saying, mesra dan ikhlas.
6)      Kasut tunggangan ungu: tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan dan bertanggungjawab.

PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN
       Kaedah pengurusan emosi ini sebenarnya berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intellegence) yang digunakan oleh Peter Salovey. Konsep EQ tidak menekankan kepintaran dan pemikiran seseorang individu tetapi lebih menekankan ciri sahsiah seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi. EQ mengandungi 5 dominan utama:
i)                    Kebolehan mengetahui emosi sendiri
ii)                  Kebolehan dalam pengurusan emosi
iii)                Kebolehan meningkatkan motivasi
iv)                Kebolehan mengenal emosi orang lain
v)                  Kebolehan menjalin persaudaraan
Pendekatan melalui perasaan dalam menyelesaikan masalah sangat bergantung pada kemahiran seseorang itu mengetahui dan menguruskan emosinya. Begitu ramai orang yang cerdas otaknya dan banyak idea-idea yang bernas, namun tidak berjaya menyelesaikan masalahnya dengan berkesan kerana tidak dapat mengawal emosi dengan baik.

PENYELESAIAN SECARA ISLAM
Melalui pendekatan hukum dan pendekatan sufi.

PENDEKATAN HUKUM
            Pendekatan hukum dalam penyelesaian masalah ialah bentuk pendekatan islam yang bersifat rasional dan inteletual. Mengenai hukum qat’l atau tegas antaranya ialah hukum-hukum ibadat,munakahat, jinayat hudud dan sebagainya. Hukum ijtihad yang bersifat rasional, ia dapat berubah-ubah menurut perubahan masa  dan tempat.

PENDEKATAN SUFI
            Pendekatan sufi ialah bersifat moral dan spiritual. Pendekatan ini bersifat lembut dan lunak. Penyelesaian masalah menurut pendekatan in memerlukan kefahaman tenteng 3 perkara pokok iaitu hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian. Kaedah ini berasaskan proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan 2 dimensi iaitu dimensi horizontal dan dimensi vertikal.