Penyelesaian
masalah adalah proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara
kritis dan kreatif, mencari idea alternatif dan langkah-langkah khas bagi
mengatasi halangan ataupun kekurangan. Masalah boleh diselesaikan dengan
menggunakan cara fikiran logik dan juga penyelesaian secara agama.
SIFAT
PENYELESAIAN MASALAH
Mengikut
Francis (1990), terdapat ciri-ciri tertentu yang membezakan kemampuan seseorang
di dalam penyelesaian masalah. Empat ciri yang penting di dalam individu yang
menjadikannya seorang penyelesaian
masalah yang berkesan ialah:-
masalah yang berkesan ialah:-
- Motivasi yang kuat
- Trait yang positif
- Jati diri
- Membina kemahiran
KATEGORI MASALAH
Ia amat penting untuk
mengklasifikasikan masalah mengikut kategori yang tertentu kerana setiap jenis
masalah memerlukan penyelesaian yang tersendiri. Mengikut Francis (1990),
terdapat 6 jenis masalah iaitu:-
- Misteri
- Tugasan (assignment)
- Kesukaran
- Peluang
- Tidak pasti
- Dilemma
MISTERI
Ø Suatu
situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku dan penyelewengan
ini tidak diberi satu penjelasan yang nyata tentang terjadinya suatu peristiwa.
Ø Tidak
dapat menerangkan dengan menggunakan akal fikiran untuk mencari sebab
berlakunya sesuatu peristiwa.
Ø Contohnya
letupan kapal angkasa Amerika Syarikat Discovery yang mengorbankan kesemua
angkasawan adalah satu misteri.
TUGASAN
Ø Kerja
yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan memperincikan
kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan
berserta dengan objektif pencapaian.
Ø Memerlukan
teknik-teknik tertentu sebab matlamat pencapaian perlu disalurkan kepada orang
yang hendak menjalankan tugasan.
Ø Kontrak
di antara ketua dan orang yang akan menjalankan sesuatu kerja.
KESUKARAN
Ø Kesukaran
biasanya berlaku kerana kita tidak tahu untuk menguruskan situasi atau
merasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi. Jadi untuk mengatasi
kesukaran, kita memerlukan tenaga untuk mengatasi kelemahan dalam menguruskan
situasi tertentu.
Ø Kesukaran
dibahagikan kepada 2 kategori iaitu subjektif dan objektif. Kesukaran subjektif
ialah sifat-sifat negative yang ada pada individu itu sendiri. Manakala
kesukaran objektif ialah perkara-perkara yang menghalang kemajuan yang berada
di luar individu seperti kemahiran, ilmu pengetahuan dan motivasi
PELUANG
Ø Peluang
ialah keuntungan. Usaha harus ditumpukan
untuk menerbitkan peluang sebab peluang
yang ada adalah hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya.
TIDAK PASTI
Ø Keadaan
yang tidak pasti ialah situasi yang kita tahu bahawa ada jawapan atau jalan
penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak akan tahu mana jawapan
yang betul.
Ø Untuk
menyelesaikan masalah “puzzles” perlu mengkaji segala kekabungan dan keadaan
yang kompleks untuk mencari jawapan yang betul.
DILEMA
Ø Situasi
di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian
dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya.
Ø Terdapat
2 pilihan yang bolek dilaksanakan dan kedua-dua pilihan itu kelihatan betul dan
tepat.
Ø Dilemma
tidak boleh diselesaikan dengan computer tetapi ia memerlukan penyelesaian
kemanusiaan melalui perasaan manusia.
MODEL
PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
Satu
model penyelesaian masalah secara saintifik dan logik yang menggunakan 8
langkah:-
·
~Mendefinasikan masalah
·
~Mengkelaskan masalah
·
~Tentukan objektif
·
~Tentukan ukuran kejayaan
·
~Kutipan data
· ~Membuat keputusan
·
~Melaksanakan keputusan yang diambil
·
~Penilaian
PENYELESAIAN
SECARA SAINTIFIK
Menyelesaikan
masalah secara saintifik melibatkan proses empirical induktif seperti berikut:;
i)
Mengadakan hipotesis
Sebagai saintis,
pertama sekali mesti mempunyai hipotesis tertentu sebagai penggeraknya.
Misalnya, anda ingin mengesahkan sama ada betul atau tidak bahawa Charles
Darwin berasal daripada sepsis monyet. Ini merupakan anggapan atau hipotesis
yang perlu diuji dan dibuktikan sama ada betul atau salah.
ii)
Mengumpul maklumat
Peringkat ini
membezakan kaedah saintifik dengan kaedah-kaedah tidak saintifik. Bagi kaedah
yang tidak saintifik, setiap hipotesis akan dianggap benar tanpa perlu
mengadakan bukti dan maklumat untuk mengesahkan kebenarannya.
iii)
Membuat kesimpulan
Setelah mengumpul maklumat yang
mencukupi baru boleh membuat kesimpulan. Satu jenis kesalahan dalam berfikir
ialah kesimpulan yang tergesa-gesa, di mana dengan hanya satu bukti, terus
dibuat kesimpulan tertentu.
PENYELESAIAN
SECARA KREATIF/ LATERAL
Menyelesaikan
masalah secara kreatif ataupun lateral mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i)
Ia tidak bersifat kritikal seperti
keadah logic, di mana cara berfikirnya dikawal olek penilaian betul ataupun
salah, kuat ataupun lemah fikiran kita. Kaedah ini lebih suka menunda penilaian
kerana yang lebih penting adalah menjana idea-idea baru tanpa mempedulikan
ianya betul atau salah.
ii)
Ia adalah bersifat analitikal seperti
kaedah saintifik yang cuba memahami sesuatu masalah melalui fakta dan maklumat
demi menemui kebenaran. Kaedah ini menyelesaikan sesuatu masalah bukannya
menganalisis punca-puncanya, sebaliknya mereka cipta penyelesaiannya yang
dianggap lebih membawa keuntungan.
iii)
Ia tidak bersifat vertikal atau sehala
seperti kaedah saintifik yang hanya berfikir menurut logik sebab-akibat. Kaedah
ini bersifat generatif dan inovatif menerbitkan perubahan demi perubahan itu
sendiri, tanpa diikat oleh logik sebab-akibat.
Edward
De Bono memprekenalkan keadah Enam Topi Berfikir, yang harus dipakai satu demi
satu secara berasingan oleh seorang individu dalam menyelesaikan masalah
iaitu:-
1) Topi
hijau: Lambang pemikiran kreatif dengan berbagai-bagai idea dan dipakai pada
peringkat permulaannya bagi mencari idea-idea alternatif.
2) Topi kuning: lambang pemikiran positif dan
konstruktif. Ini dipakai bagi menilai feadah dan kebaikan pada setiap idea
terutama yang dianggap mengandungi banyak kelemahan.
3) Topi
putih: lambang pemikiran objektif dan
ini dipakai bag mencari fakta dan maklumat tanpa sebarang emosi dan prejudis.
4) Topi
hitam: lambang pemikiran negatif dan kritikal. Topi ini dipakai dengan tujuan
mencari unsur-unsur keburukan dan kesalahan sesuatu idea.
5) Topi
merah: lambang pemikiran emotif dan ini dipakai untuk mengambil kira perasaan
dan gerak hati orang yang suka ataupun tidak suka sesuatu idea.
6) Topi
biru: lambang langit di atas dan dipakai oleh ketua bagi mengawasi bagaimana
topi-topi lain bekerja.
Beliau
juga memperkenalkan kaedah tindakan yang perlu diambil melalui Keadah Enam
Kasut Bertindak yang terdiri daripada:
1) Kasut
formal biru laut : tindakan secara formal,biasa,mudah dan ringkas
2) Kasut
kelabu: tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, maklumat dan idea baru.
3) Kasut
perang: tindakan secara pratical, nyata, lasak, tidak formal dan fleksibel.
4) But
oren: tindakan secara cemas, bahaya, risiko, segera dan berani.
5) Seliper
merah jambu: tindakan secara prihatin, perikemanusiaan, kasih saying, mesra dan
ikhlas.
6) Kasut
tunggangan ungu: tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan dan bertanggungjawab.
PENYELESAIAN
MELALUI PERASAAN
Kaedah pengurusan emosi ini
sebenarnya berasaskan konsep kecerdasan EQ (Emotional Intellegence) yang
digunakan oleh Peter Salovey. Konsep EQ tidak menekankan kepintaran dan
pemikiran seseorang individu tetapi lebih menekankan ciri sahsiah seseorang
dalam menghadapi sesuatu situasi. EQ mengandungi 5 dominan utama:
i)
Kebolehan mengetahui emosi sendiri
ii)
Kebolehan dalam pengurusan emosi
iii)
Kebolehan meningkatkan motivasi
iv)
Kebolehan mengenal emosi orang lain
v)
Kebolehan menjalin persaudaraan
Pendekatan
melalui perasaan dalam menyelesaikan masalah sangat bergantung pada kemahiran
seseorang itu mengetahui dan menguruskan emosinya. Begitu ramai orang yang
cerdas otaknya dan banyak idea-idea yang bernas, namun tidak berjaya
menyelesaikan masalahnya dengan berkesan kerana tidak dapat mengawal emosi
dengan baik.
PENYELESAIAN
SECARA ISLAM
Melalui
pendekatan hukum dan pendekatan sufi.
PENDEKATAN
HUKUM
Pendekatan hukum dalam penyelesaian
masalah ialah bentuk pendekatan islam yang bersifat rasional dan inteletual.
Mengenai hukum qat’l atau tegas antaranya ialah hukum-hukum ibadat,munakahat,
jinayat hudud dan sebagainya. Hukum ijtihad yang bersifat rasional, ia dapat
berubah-ubah menurut perubahan masa dan
tempat.
PENDEKATAN
SUFI
Pendekatan sufi ialah bersifat moral
dan spiritual. Pendekatan ini bersifat lembut dan lunak. Penyelesaian masalah
menurut pendekatan in memerlukan kefahaman tenteng 3 perkara pokok iaitu
hakikat masalah, sebab masalah dan kaedah penyelesaian. Kaedah ini berasaskan
proses tazkiyyah an-nafs yang melibatkan 2 dimensi iaitu dimensi horizontal dan
dimensi vertikal.
No comments:
Post a Comment